Hai awak..
lama tak dengar kabar..(baru je smggu.. huhu)
macam yang dah saya cakap hari tu..
tak payah la kita berhubung lagi.. (nada sedih)
itu lebih baik daripada kita berhubung..
terus terang saya cakap..
saya tak dapat nak layan awak macam dulu lagi..
saya rasa, itu akan lebih menyakitkan awak..
mungkin sakit yang awak rasa sekarang lebih baik daripada sakit yang akan awak rasa kalau kita masih berhubung..
saya sedar diri saya ada banyak kelemahan.. (baru sedar.. alhamdulillah)
saya minta maaf..
perpisahan ini adalah yang terbaik untuk kita berdua..
sebagai seorang hambaNya,
sebagai seorang anak,
dan sebagai seorang pelajar..
semua tu memerlukan komitmen yang penuh daripada awak dan saya sendiri..
saya rasa awak pun tahu tentang semua ni..
dan saya harap awak dapat laksanakan semua tanggungjawab tu dulu sebelum awak fikir mengenai hal lain..
saya percaya, kalau awak betulkan niat awak dalam setiap perkara yang awak lakukan, awak akan dapat
lupakan saya..
berusaha sehabis yang mungkin..
usaha itu adalah tangga kejayaan..
kita masih muda..
masih banyak perkara yang perlu kita pelajari..
sedarkah kita...
jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Allah..
pertemuan awak dengan saya menyedarkan saya tentang satu perkara..
hubungan seperti ini terlalu awal untuk saya dan awak..
lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik..
saya kesal dengan apa yang telah berlaku..
dan saya malu dengan diri saya sendiri kerana tak dapat nak halang semua tu daripada berlaku..
lelaki dan perempuan memang tak boleh berduaan..
saya tahu akan hal tu..
dan perkara tu adalah antara sebab saya nak pergi jauh daripada awak..
sedihnya saya
betul-betul sedih..
saya tak dapat lagi jawab panggilan awak..
saya tak dapat lagi balas pesanan ringkas awak..
saya betul-betul tak dapat..
saya minta maaf..
perkara yang lepas umpama mimpi ngeri bagi saya..
setiap kali awak hubungi saya..
saya akan terbayang kesalahan yang telah saya buat..
saya sedih awak..
sebab tu saya tak mahu awak hubungi saya lagi..
dan saya harap, awak takkan hubungi saya lagi..
untuk awak...
hubungan antara awak dan saya sebelum ni adalah hubungan yang terlarang..
saya tahu..
tapi saya tetap mahu teruskan..
natijahnya, saya sentiasa diselubungi rasa bersalah..
setiap kali saya terfikir perkara yang lepas,
saya rasa sakit,
saya rasa sedih..
saya bukan perempuan yang baik..
baguslah..
awak ada (nama seorang perempuan) selain saya..
saya doakan awak dan (nama seorang perempuan) bersama..
dia perempuan yang baik..
awak tak rugi langsung bila hilang saya..
*ak nie rmai pujaan ka? haha*
*ak nie rmai pujaan ka? haha*
akhir kata..
terima kasih kerana pernah menjadi seseorang yang penting dalam hidup saya..
p/s: jgan copy n paste..
p/s: jgan copy n paste..

asal?
ReplyDeletehuish . boleh jadi great blogger ni ! hehe
ReplyDeletehaish.. ak x sehebat ko lagi.. hohoho...
ReplyDelete